Khamis, 6 September 2012

Penempatan Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) U29 akan dilaksanakan selewat-lewatnya Oktober 2012?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Satu Malaysia.


Baru-baru ini agak ramai juga yang menghantar e-mail pertanyaan kepada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang bila agaknya Jawatan PPKP U29 dan jawatan seangakatan dengannya akan ada pengambilan baru. Bukan apa, masuk September ini saja sudah hampir empat (4) bulan tiada khabar berita daripada KKM tentang penempatan (sejak Jun lepas). Maka, tidak hairanlah jika ramai yang sudah mula 'bising' dan 'tidak senang duduk'. Al-Maklumlah, semuanya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk berbakti kepada masyarakat seperti slogan KKM - "Kami Sedia Membantu". Berikut adalah jawapan daripada maklum balas yang diterima daripada pihak bahagian sumber manusia KKM.








Dengan maklum balas tersebut, diharap dapat membantu menghilangkan segala kekusutan yang ada. 
Teringat pula pesanan tenaga pengajar saya suatu ketika dulu. "Bila sudah bekerja nanti kerjalah dengan seikhlas hati dan janganlah ambil separuh-separuh sahaja. Anggap tugas kita itu sebagai pahala untuk saham kita diakhirat kelak". Kepada ambilan baru yang akan bakal bekerja tidak lama lagi janganlah mengambil teladan yang tidak baik daripada senior anda. Kepada senior pula, tunjukkan akhlak dan displin yang baik kepada junior anda. Semoga yang baik itu diikuti, yang buruk itu dihindari. InsyaAllah, kita akan berjaya didunia dan diakhirat.


Sekian.

Wasalam




:: Hati Berbisik ::
Orang yang masih study nak cepat habis study, yang tak kerja nak cepat bekerja, yang sudah berkerja nak cuti memanjang. Itulah lumrah kehidupan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan pendapat anda disini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...